WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2014
Perjalanan Selangor masih jauh
Junior Aparecido (kiri) juga beraksi baik bagi membantu Selangor raih tiga mata
penuh ke atas Pahang. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
KEMENANGAN 1-0 Selangor ke atas
Pahang membuatkan pengendalinya, Mehmet Durakovic mula menguntum senyuman mekar
di bibir.
Apa tidaknya, mereka kini
menghuni puncak Liga Super dengan kutipan enam mata dan bekas penyerang Merah
Kuning itu mahu menikmati cuti sebelum bermulanya kempen pusingan kedua Piala
FA, 4 Februari ini.
"Bukan mudah bermain tiga
perlawanan dalam seminggu, namun kami berjaya memberikan persembahan baik dan
selayaknya pasukan Selangor keluar sebagai pemenang.
"Ketika kami kecundang 1-2
di tangan Lions XII Sabtu lalu, saya beritahu pemain kita tiada nasib. Namun,
kejayaan ini membolehkan kami menikmati cuti dengan tenang sebelum menghadapi
Sarawak, " katanya.
Begitu pun, Durakovic akui
perjalanan anak buahnya masih jauh dan banyak perlawanan akan ditempuhi sebelum
menuju ke puncak jaya.
"Banyak aspek perlu
diperbaiki pemain bagi menajamkan prestasi permainan," katanya.
SINAR HARIAN ONLINE 30.1.14
No comments:
Post a Comment