Oleh
Petah Wazzan Iskandar
HARGA RUNTUH MULAI HARI INI
Najib membayar barangan yang
dibeli selepas meninjau Kempen Penurunan Harga 2014 anjuran KPDNKK di Pasar
Raya Econsave, Balakong, semalam. - Foto Khairull Azry
Perdana Menteri umum program
bantu kurang beban kos sara hidup rakyat
Cheras: Mulai hari ini orang
ramai boleh membeli 4,000 produk pada harga diskaun 15 hingga 70 peratus di 995
cawangan 10 pasar raya di seluruh negara.
Tawaran selama enam bulan itu
membabitkan Pasar Raya Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi
Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco, sempena Kempen Penurunan Harga 2014 yang
dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Kempen anjuran Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu bertujuan
membantu mengurangkan beban rakyat akibat peningkatan kos sara hidup.
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
30.1.14
No comments:
Post a Comment