Oleh Mohd Ali Majid
Kuala Lumpur: Ketiadaan kapten
Hairuddin Omar amat dirasakan ATM apabila berdepan Perak dalam saingan LIga
Super malam ini.
Dua kekalahan berturut-turut
kepada PKNS dalam aksi liga dan Sime Darby dalam Piala FA cukup mengecewakan
jurulatih B.Sathianathan yang menganggap
ketiadaan Hairuddin menjejaskan keupayaan pasukan.
“Walaupun Rezal Zambry Yahya
berjaya menjalankan tugas membimbing pasukan dengan baik, ketiadaan kapten
sebenar amat dirasakan,” katanya.
Katanya, Hairuddin juga tidak
dapat diturunkan menentang Perak dan misi menebus kehampaan dalam dua kekalahan
lalu mungkin tipis.
“Saya perlu merehatkan dia
supaya benar-benar sembuh dan berharap dapat menurunkannya pada perlawanan
selepas perayaan Tahun Baru China,” katanya.
Dalam pertemuan menentang
Perak, Sathianathan dijangka mengekalkan pemain yang sama ketika berdepan PKNS
dengan sedikit pertukaran di barisan serangan.
Katanya, penyerang utama
pasukan dan penjaring terbanyak liga super musim lalu, Marlon Alex James
mungkin tidak diturunkan dan tempatnya digantikan dengan Mohd Riduwan Maon.
Penyerang import dari St
Vincent & The Grenadines itu direhatkan kerana mengalami kecederaan kaki.
Dia menjaringkan gol kemenangan
ke atas Sarawak 2-0.
KETIADAAN Hairuddin (kanan)
jejas keupayaan ATM..
SUMBER MYMETRO ONLINE 28.1.14
No comments:
Post a Comment