NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
31 Januari 2014
Titans sedia diterkam The
Titans sedia berdepan ancaman JDT di Larkin, esok. Foto: Rosli Talib
PASUKAN berstatus kelab, T-Team
bersedia diterkam harimau yang kelaparan dalam pusingan kedua Piala FA
menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), esok.
Bagi pengendali The Titans,
Mohd Azraai Khor Abdullah, itu bukan bermakna pasukannya mengaku kalah sebelum
perlawanan tetapi sebaliknya bersedia berdepan Harimau Selatan yang dahagakan
kemenangan.
JDT sebelum ini tumpas 1-0 di
tangan T-Team pada aksi Liga Super dan hanya mengutip satu mata selepas terikat
2-2 menentang Lions XII di Larkin, Selasa lalu.
“Kami sudah bersedia untuk
berdepan asakan JDT. Sudah tentu mereka ingin menumpaskan kami di laman mereka
sendiri.
“Perlawanan itu juga boleh
dianggap sebagai medan membalas dendam selepas kami dapat menumpaskan mereka,
Sabtu lalu,” katanya, semalam.
Bekas jurulatih Perak itu
memberitahu, perlawanan tersebut pasti menjadi perlawanan yang hebat buat
kedua-dua pasukan.
“Saya jangkakan ia perlawanan
yang sangat sukar kerana mereka dalam keadaan tertekan dan kami sudah
bersedia,” katanya.
Dalam pada itu Azraai menambah,
beliau akan memperbaiki kekurangan pasukannya selain mengekalkan corak
perlawanan ketika pasukannya mengatasi JDT, tempoh hari.
SINAR HARIAN ONLINE 31.1.14
No comments:
Post a Comment