25 Januari 2014
Sahabat sejati Kedua-dua haiwan
itu kini dikatakan tidak boleh berjauhan
PERIBAHASA ‘bagai anjing dengan
kucing’ biasanya dirujuk kepada individu yang sering bertelagah.
Namun, peribahasa itu tidak
lagi relevan apabila kedua-dua haiwan itu dikatakan menjadikan ‘sahabat setia'.
Pemilik anjing Diane Gagliano
yang bekerja di Perkhidmatan haiwan Seminole County berkata, anjingnya mengutip
kucing itu dari tepi jalan selepas dibuang oleh pemiliknya.
“Kucing lumpuh itu berusia
kira-kira dua tahun. Anjing saya membawanya pulang ke rumah dan kini
kedua-duanya bersahabat,” katanya dipetik DailMail
Menurutnya, jika ada sesiapa
yang cuba menyentuh kucing itu, anjingnya akan melindungi kucing terbabit.
Melihat keakraban kedua-dua
haiwan itu, beliau kini berusaha membuat kempen menyelamatkan kucing dan anjing
terbiar di sekitar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.
SUMBER SINAR HARIAN ONLINE 25.1.14
No comments:
Post a Comment