Oleh Asrol Awang
Kuantan: Sudah melupakan dua
kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super, Pahang kini mahu memastikan
kemenangan apabila bertemu LionsXII pada pusingan kedua Piala FA di Stadium
Jalan Besar, malam esok.
Jurulatih pasukan, Ronald Smith
berkata, walaupun skuadnya gagal mempamerkan prestasi meyakinkan terutama
ketumpulan barisan serangan tetapi beliau tetap percaya mengenai tentangan
sengit yang bakal dipersembahkan bagi menyekat tuan rumah daripada mencapai
kemenangan.“Kami akan memberi tekanan
kepada lawan sambil mengharapkan pemain dapat beraksi dengan lebih baik dan
memanfaatkan segala peluang yang ada.“Dua kekalahan lalu tidak harus
memberi tekanan sebaliknya mereka diharap menebus kesilapan itu dengan mencatat
kemenangan ke atas LionsXII,” katanya semalam.
SMITH (tengah) ada strategi
ampuh tewaskan LionsXII.
Dalam pada itu, penyerang
Pahang Azamuddin Mohd Akil mengakui perasaan cemas memang dihadapi tetapi tidak
bermakna mereka berada prestasi tidak meyakinkan pada tiga perlawanan Liga
Super ketika ini.
Justeru, pemain kelahiran Kuala
Lipis, Pahang itu percaya nasib belum lagi menyebelahi skuad Tok Gajah itu
seperti dipersembahkan ketika perlawanan menentang Selangor dan Sime Darby FC.
“Saya akui memang cemas tapi
percaya nasib belum lagi memihak kepada Pahang selepas kami gagal mempamerkan
prestasi meyakinkan dalam dua perlawanan lalu.
Bagaimanapun, Azamuddin yang
lebih mesra dengan panggilan Alex percaya Pahang akan kembali bangkit terutama
melakar kemenangan serta dapat melakukan jaringan.
Artikel ini disiarkan pada :
2014/01/31 SUMBER:MYMETRO ONLINE
No comments:
Post a Comment