Ad

Thursday 30 January 2014

Hajat tukar stadium

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Januari 2014
Hajat tukar stadium
Hajat tukar stadium Kapten Pulau Pinang, Mohd Azizan Baba (tengah) diasak Rafael Souza (kiri) dan Mohd Afif pada aksi Liga Perdana, kelmarin.

JURULATIH pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dollah Salleh berhajat untuk bertukar bermain di Stadium Paroi ataupun Temerloh pada aksi Liga Perdana akan datang.

Saat ini, The Cops bermain di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang turut dikongsi pasukan Selangor dan Felda United.

"Bermain di waktu petang memberi kesan kepada corak permainan kami. Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan dalam masa terekat kami cuba berpindah stadium," katanya.

Difahamkan, kualiti Stadium MBPJ dalam keadaan kurang memuaskan  dan kondisi padangnya yang agak keras serta tidak sesuai untuk bermain bola sepak.

Dalam pada itu, Dolllah kagum  aksi pemain PDRM kerana langsung tidak mensia-siakan peluang keemasan terhidang.

"Tetapi pada saya persembahan pemain belum mencapai tahap sebenar disebabkan faktor padang," katanya.

SINAR HARIAN ONLINE 29.1.14

No comments:

Post a Comment