Ad

Tuesday, 28 January 2014

Tak sabar lihat aksi

London: Penyokong Manchester United berharap dapat menyaksikan kelincahan aksi pemain yang memecah rekod perpindahan kelab, Juan Mata awal pagi esok apabila menanti kunjungan Cardiff City di Old Trafford pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Mata melengkapkan perpindahan bernilai £37.1 juta (RM205 juta) dari Chelsea Sabtu lalu, akan terus disenaraikan dalam skuad untuk bertemu Cardiff yang dibimbing bekas penyerang United, Ole Gunnar Solskjaer.
Pemain tengah antarabangsa Sepanyol itu tiba ketika United ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga Arsenal selepas mengalami dua kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir sementara perlawanan terakhir di tempat sendiri menyaksikan mereka tewas menerusi penentuan penalti kepada Sunderland pada saingan Piala Liga.

Pengurus United, David Moyes mengaku agak terkejut dengan keputusan Chelsea melepaskan Mata ketika saingan liga sedang berlangsung, namun beliau tetap gembira dengan kehadiran pemain itu.
 Foto
MOYES (kiri) yakin kemampuan Mata.
 “Saya agak terkejut kerana situasi seperti ini tidak selalu berlaku, terutama membabitkan pasukan di Liga Perdana Inggeris.


“Apapun, kami kini mempunyai pemain yang dimahukan dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya. Seorang pemain yang saya rasa setiap kelab mahu mendapatkannya kerana dia cemerlang ketika bersama Chelsea.“Saya mahu melihat dia memakai jersi merah kami dan melakukan tugas yang diberikan kepadanya,” katanya.

Kehadiran Mata akan meragut sedikit tumpuan terhadap Solskjaer yang kembali ke Old Trafford dan bertekad untuk membantu kelab itu keluar daripada zon penyingkiran.

“Saya memang menantikan saat ini iaitu pertemuan dengan United,” kata Solskjaer yang menghabiskan masa 11 tahun bersama United dan menjaringkan gol kemenangan pada final Liga Juara-Juara 1999.


“Sejak menerima tugas ini, saya amat sibuk dan terlupa mengenainya tapi sekarang, fokus saya adalah untuk perlawanan seterusnya. Inilah impian saya,” katanya.- AFP

No comments:

Post a Comment