29 Januari 2014
Abdul Rahman Ibrahim Abdul
Rahman Ibrahim
KUALA TERENGGANU - Walaupun
Terengganu berjaya menundukkan T-Team 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi, namun ketua jurulatihnya Abdul Rahman
Ibrahim masih belum berpuas hati dengan keseluruhan prestasi anak buahnya.
Beliau berkata banyak kelemahan
yang ditunjukkan pemainnya seperti serangan yang tumpul.
"Walaupun saya berpuas
hati dengan jumlah jaringan gol, namun corak taktikal dan gerakan pemain mudah
dibaca pihak lawan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Bagaimanapun beliau berkata
prestasi pasukannya malam tadi meningkat berbanding ketika kalah 0-1 kepada
Perak sebelum ini.
"Insya-Allah, kalau
semangat dan prestasi pemain terus di tahap yang bagus seperti malam tadi, kita
mampu mempamerkan aksi cemerlang pada saingan seterusnya," katanya.
Terengganu akan bertandang ke
Stadium Jalan Besar, Singapura pada 8 Feb untuk menentang Lions XII.
SINAR HARIAN ONLINE 29.1.14
No comments:
Post a Comment