WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Januari 2014
Dr Mohd Puad Zarkashi Dr Mohd
Puad Zarkashi
SHAH ALAM - Kementerian
Pendidikan perlu mengenakan hukuman lebih tegas terhadap guru yang mengarahkan
muridnya memakan rumput dan menggantungkan loceng kerana tidak menyiapkan
tugasan sekolah.
Bekas Timbalan Menteri
Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tindakan menukar guru itu ke sekolah
lain, disifatkan hukuman yang ringan dan tidak menyelesaikan masalah.
“Sepatutnya digantung juga
tugasnya sebagai guru dan gajinya dahulu
supaya guru itu perbaiki sikapnya untuk tidak melakukan perkara yang sama.
“Ini yang sepatutnya dilakukan
kerana perbuatannya melampaui batas yang langsung tidak melayakkannya bergelar
sebagai pendidik,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata beliau, sebagai guru
sepatutnya beliau memberikan khidmat yang baik dan menunjukkan contoh yang
sewajarnya untuk mendidik murid-muridnya.
“Tugas guru mendidik
murid-muridnya menjadi manusia, bukan diajarnya cara didik haiwan dengan
memaksa memakan rumput.
“Cara cikgu itu hanya
merosakkan muridnya sahaja, bukan mendidik.
Tidak sepatutnya dilakukan seorang guru terhadap muridnya,” ujarnya.
SUMBER SINAR HARIAN ONLINE 28.1.14
No comments:
Post a Comment