AHMAD IZAT Ahmad Mazni, pelajar
Malaysia yang ditikam 14 kali dalam kejadian di Nottingham, United Kingdom
kelmarin.
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Seorang
pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali
oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul
3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada
menonton perlawanan bola sepak.
Ahmad Izat dalam Twitternya
memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah
mengambil telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya.
"Saya juga terkena tikaman
di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan
dan dikelar di beberapa tempat di badan.
Saya telah keluar hospital
semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad," ujarnya. -
UTUSAN ONLINE
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140130/dn_01/Pelajar-Malaysia-cedera-ditikam-14-kali-di-Nottingham#ixzz2rpiJwWB8
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment