LONDON - Pengurus Tottenham
Hotspurs, Tim Sherwood mengakui kehebatan Manchester City selepas skuad
kendaliannya dibelasah 1-5 dalam aksi Liga Perdana England di White Hart Lane,
awal pagi semalam.
Menurut Sherwood, The Citizens
layak mendakap trofi liga musim ini sambil menyifatkan skuad kendalian Manuel
Pellegrini itu satu pasukan dari 'planet' lain.
Dalam perlawanan itu, gol-gol
pelawat dicetak oleh Sergio Aguero, Yaya Toure, Edin Dzeko, Stevan Jovetic dan
Vincent Kompany sementara gol saguhati Spurs dicetak oleh Etienne Capoue.
Lebih malang, Spurs juga
terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Danny Rose dilayangkan kad merah
selepas mengasari Eden Dzeko pada minit ke-50.
"City memang pasukan yang
cukup berkualiti. Kami seolah-olah berdepan pasukan dari 'planet' lain.
"Dengan kualiti yang
mereka miliki, memang mustahil buat mana-mana pasukan mengekang City untuk
mendakap trofi liga musim ini," kata Sherwood.
KOSMO ONLINE 31.1.14
No comments:
Post a Comment