MOHD FAHMI ISMAIL
26 Januari 2014
Baddrol Bakhtiar Baddrol
(kanan) memasuki padang sebelum perlawanan dengan Perlis, kelmarin.
KAPTEN Kedah, Baddrol Bakhtiar
akui tidak menjangka pasukannya mampu menjaringkan empat gol ketika menewaskan
jiran tetangga, Perlis 4-1 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Darul Aman,
kelmarin.
Beliau juga tidak menyangka
berjaya menghasilkan gol penyamaan selepas ketinggalan hasil jaringan Farizal
Rozali minit ke-22.
"Kami semua bagaikan tak
percaya boleh menang besar. Lagipun, rekod sebelum ini bertemu Perlis susah nak
atasi mereka.
"Malam itu kami berjaya
dan ini merupakan saat manis kepada seluruh pemain untuk permulaan liga,"
katanya.
Diajukan soalan mengenai
jaringan menariknya yang dianggap nasib sehingga membawa kepada kebangkitan
Kedah, Baddrol segera menafikan.
"Saya rasa tidak juga.
Banyak gol saya kadang-kadang berpunca daripada sepakan seperti itu,"
katanya.
Sementara itu, Baddrol turut menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti skuad Lang Merah
bukan lagi calang-calang pasukan dan sedia terbang tinggi pada aksi berikutnya
menentang DRB Hicom, malam esok.
"Jika boleh kami ingin
kekal momentum dan meraih mata penuh. Insya ALLAH," katanya.
SINAR HARIAN ONLINE 26.1.14
No comments:
Post a Comment