Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD
HIDZIR
sukankita@utusan.com.my
Pemain Pahang, Azamuddin Akil
(dua dari kiri) dibentes oleh pemain Selangor, S. Kunanlan dalam perlawanan
Liga Super di Stadium Petaling Jaya, Petaling Jaya semalam. Selangor menang
dengan 1-0. - BERNAMA
PETALING JAYA - Paulo Rangel
muncul wira Selangor apabila jaringan tunggalnya pada babak kedua memastikan
The Red Giants mengutip tiga mata berharga apabila menang 1-0 ke atas juara
Piala Malaysia, Pahang di Stadium Petaling Jaya semalam.
Gol itu sudah cukup untuk
meletakkan Selangor di anak tangga teratas Liga Super bersama Terengganu,
memintas Kelantan yang kalah kepada PKNS 2-1 di Kota Bharu.
Tok Gajah hampir menjaringkan
gol seawal minit keenam namun percubaan Matias Conti terkena palang selain
berada dalam keadaan ofsaid, manakala Selangor gagal memanfaatkan peluang
berharga tiga minit kemudian apabila percubaan Junior Aparecido berjaya
dihalang penjaga gol pelawat.
Pahang sekali lagi mencemaskan
gawang Selangor menerusi serangan balas, namun tiada pemain skuad Tok Gajah di
dalam kotak penalti tuan rumah untuk menyudahkan hantaran R. Gopinathan pada
minit ke-29.
Sebaik babak kedua bermula,
Selangor hampir memecah kebuntuan, namun percubaan S. Kunalan sekadar melewati
palang gol tetapi pada minit ke-55 Rangel tidak membuat kesilapan apabila
menanduk tepat hantaran Aparecido.
Penyerang Brazil itu
menyifatkan perlawanan tersebut sebagai sesuatu yang sukar tetapi gembira
apabila berjaya membantu Selangor untuk mencipta kemenangan.
Saya bekerja keras setiap hari
untuk mempamerkan aksi bertenaga dan saya gembira apabila dapat menjaringkan
gol hari ini (semalam). Pahang merupakan pasukan yang hebat," katanya
ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Pengendali Selangor, Mehmet
Durakovic berkata, dia berpuas hati dengan prestasi keseluruhan anak-anak
buahnya yang beraksi dengan baik pada pertemuan kali ini.
Kami cuba bermain dengan lebih
baik tetapi keadaan padang tidak rata menyukarkan pemain untuk beraksi. Junior
seharusnya menjaringkan gol tetapi keadaan padang menyebabkan bola kerap
melantun.
Kami berhak untuk menang dan
saya gembira dengan persembahan keseluruhan pasukan ini kerana mereka
mempamerkan aksi bertenaga dan menarik," katanya.
Sementara itu, pengendali
Pahang, Roland Smith kecewa dengan kekalahan tersebut, tetapi menyifatkan
terdapat peningkatan dari segi persembahan pemain.
Katanya, pada separuh masa
pertama pasukannya bermain dengan baik tetapi gagal mengekalkan rentak untuk
separuh masa kedua apabila beberapa pemain kehilangan fokus.
Ada satu dua pemain bermain
dengan laju pada separuh masa kedua menyebabkan para pemain lain perlu
bertindak lebih cepat dan sekiranya gagal kami kehilangan kawalan bola.
Selangor bermain dengan baik
pada separuh masa kedua dan berjaya mempertahankan kelebihan gol yang dimiliki.
Nasib tidak menyebelahi kami pada perlawanan kali ini," katanya.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140129/su_01/Selangor-ambil-alih-pendahulu#ixzz2rm6u25iv
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment