Ad

Thursday 30 January 2014

18 lebuh raya beri diskaun sempena TBC

Kuala Lumpur: Sebanyak 18 lebuh raya memberikan diskaun tol antara lima peratus dan 37.5 peratus untuk kenderaan kelas 1 sejak semalam hingga Ahad sempena Tahun Baru Cina (TBC).

Lebuh raya yang memberi diskaun ialah SMART, Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Guthrie (GUTHRIE), Kemuning Shah Alam (LKSA), Shah Alam (KESAS), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Klang Selatan (SKVE) dan Kuala Lumpur-Karak (KLK), menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).


Lebuh raya lain ialah Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Baharu Pantai (NPE), Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB), Sungai Besi (BESRAYA), Senai Desaru (SDE), Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuaraian Trafik Kuala Lumpur-Barat (SPRINT), Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lingakaran Luar Butterworth (BORR).

MY METRO ONLINE 31.1.14

No comments:

Post a Comment