Ad

Wednesday, 29 January 2014

Bujang Senang libas Sime Darby

KUCHING - Sarawak akhirnya berjaya menemui rentak penyudah yang dicari selama ini apabila menang bergaya 3-0 ke atas Sime Darby malam ini dalam perlawanan Liga Super, yang menyaksikan pelawat menamatkan saingan dengan sembilan pemain.

Serangan bertali arus Sarawak akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-10 apabila Sarawak dihadiahkan sepakan penalti selepas kesilapan kapten The Giant Killer, Muhammad Juzaili Samion tertampan bola yang dilarikan Zamri Morshidi dari sebelah kanan pintu gol.

Kapten Bujang Senang, Joseph Kalang Tie tidak mensesiakan penalti itu dan menceriakan kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah dengan mudah menewaskan penjaga gol lawan, namun selang beberapa minit kemudian, Joseph terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan yang dialaminya.

Skuad Bujang Senang berjaya menambah satu gol hasil tendangan penalti dari pemain pertahanannya, Gabor Gyepes apabila pemain sayapnya, Zamri Morshidi dikasari oleh K. Prabakaran pada masa tambahan separuh masa pertama.

Pada minit ke-65, Sarawak mendapat sepakan bebas yang disempurnakan penyerangnya, Milorad Janjus untuk gol ketiga tuan rumah.

Nasib malang menimpa Sime Darby setelah Muhammad Juzaili menerima kad kuning kedua setelah mengasari pemain Sarawak minit ke-80.

Pemain Sime Darby, Fahrul Razi Kamaruddin yang membantah keputusan pengadil mengeluarkan kapten mereka turut mendapat kad merah menyebabkan Sime Darby terpaksa bermain dengan hanya sembilan pemain untuk 10 minit terakhir.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140129/su_09/Bujang-Senang-libas-Sime-Darby#ixzz2rmh8GSba © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment