Santa Ana: Seorang guru di
California semalam ditahan selepas ratusan ular sawa hidup dan mati ditemui
dalam bekas plastik yang memenuhi kediamannya.
Anggota polis yang memakai
topeng pernafasan membawa keluar reptilia berkenaan dari kediaman terbabit.
Kumpulan wartawan dan penduduk
yang berada di situ menjauhkan diri, selain turut menutup hidung kerana tidak
tahan dengan bau busuk dari kediaman lima bilik itu.
“Bau busuk ini menyebabkan saya
ingin mandi selama seminggu,” kata pegawai polis bertugas, Anthony Bertagna.
BEBERAPA kotak berisi ular yang
dibawa keluar dari kediaman Buchman.
“Ia memenuhi semua bilik di
kediaman itu,” katanya.Polis menemui sebanyak 350
ular, selain pelbagai jenis tikus di kediaman guru terbabit, William Buchman,
53, selepas jiran tetangga mengadu mengenai bau tidak menyenangkan itu.Buchman ditahan untuk siasatan
kerana membiarkan haiwan berkenaan tanpa jagaan.
Penyelia Bahagian Khidmat
Haiwan Jabatan Polis Santa Ana, Sondra Berg berkata, empat daripada lima bilik
di kediaman itu dipenuhi bekas plastik dari lantai hingga ke siling yang berisi
dengan ular.
Sondra berkata, Buchman
memberitahu polis, dia terbabit dengan perniagaan membiak ular.
“Rumah yang menakutkan. Itu
yang terbaik untuk menyifatkan keadaan dalam rumah itu,” kata Berg.
“Ia penuh dengan bangkai ular.
Ada yang sudah mati beberapa bulan lalu. Rumah itu juga menjadi sarang tikus
yang cuba makan sesama sendiri,” katanya.- AP
No comments:
Post a Comment