Ad

Thursday, 30 January 2014

Wan Jamak: Kemenangan satu bonus

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
30 Januari 2014
Wan Jamak: Kemenangan satu bonus
Wan Jamak: Kemenangan satu bonus Pemain PKNS, P Gunalan mengawal bola dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, kelmarin. Gambar kecil: Wan Jamak.
PENGENDALI PKNS FC, Wan Jamak Wan Hassan menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan pada aksi ketiga saingan Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin, merupakan satu bonus buat barisan pemainnya.

Wan Jamak berkata, kejayaan meraih tiga mata berharga ke atas gergasi pantai timur itu bukan sekadar pencapaian peribadinya, sebaliknya menegaskan ia satu kepuasan bersama barisan pemain pasukan berstatus kelab itu.

“Kalau dilihat pada perlawanan ini, kami lebih menumpukan kepada aspek taktikal. Lihatlah barisan pemain, Kelantan jauh lebih bagus sedangkan PKNS FC tidak ada pemain bertaraf bintang kerana kami tidak berbelanja besar seperti pasukan lain pada musim ini.

“Kami datang ke Kota Bharu hanya mahu bermain seperti biasa. Sudah pasti ada tekanan apabila beraksi di sini tetapi sekiranya kami menang, saya fikir itu satu bonus untuk pemain-pemain saya,” katanya pada  sidang media sejurus perlawanan.

Bekas jurulatih Negeri Sembilan dan Kedah itu secara jujur mengakui, Kelantan sepatutnya lebih layak meraih tiga mata memandangkan mereka mempunyai deretan peluang untuk mencipta jaringan terutama pada babak kedua perlawanan tersebut

“Kami bernasib baik kerana serangan dilakukan pemain mereka dapat dipatahkan pemain kami. Saya beri kredit kepada anak buah saya kerana mereka dapat bertahan begitu baik dan berdisiplin setiap kali gawang kami diserang,” katanya.

Menurutnya, aksi cemerlang penjaga gol, Mohd Remezey Che Ros yang menafikan deretan peluang dimiliki pemain tuan rumah termasuk dua penyerang import, Mohamad Ghaddar dan Francis Forkey Doe turut menyumbang kepada kemenangan pasukannya.

SINAR HARIAN ONLINE 30.1.14

No comments:

Post a Comment