Ad

Monday, 27 January 2014

Hanya dua Piala FA diawalkan

Oleh Wan Fakhrul Bakar Cetak Emel Kawan

Kuala Lumpur: Hanya dua perlawanan pusingan kedua Piala FA iaitu Lions XII bertemu Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang T-Team terpaksa diawalkan aksinya ke Sabtu ini manakala baki enam perlawanan lain kekal pada tarikh asalnya, 4 Februari ini.

Ketua Jabatan Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Shazli Shaik Mohd, semalam mengesahkan bahawa bukan kesemua lapan perlawanan pusingan kedua Piala FA itu terpaksa diawalkan ke 1 Februari.


“Bukan semua. Hanya dua perlawanan itu saja kerana pertama ia membabitkan pertembungan venue dengan aksi Kelayakan Piala Asia 2015 antara Singapura dan Jordan di Stadium Jalan Besar pada 4 Februari dan keduanya, beberapa pemain Lions XII serta dua import JDT (Hariss Harun dan Baihakki Khaizan) terbabit dengan tugasan antarabangsa itu.

“Jadi enam lagi perlawanan tetap berlangsung pada 4 Februari dengan perlawanan Sime Darby bertemu FELDA United di Stadium Selayang manakala PKNS FC bertemu Terengganu mungkin berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Tapi kami masih menunggu lampu hijau daripada pihak stadium berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selangor beraksi petang

Sementara itu, Mohd Shazli memberi bayangan Selangor akan terus beraksi di sebelah petang sementara menanti Stadium Shah Alam siap dibaikpulih, Mac ini kerana kerja-kerja menaik taraf lampu limpah di di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hanya dijangka siap April depan.

Jadual Pusingan kedua Piala FA
Sabtu
Lions XII mln Pahang
Std Jalan Besar, 7.45 mlm
JDT mln T-Team
Std Larkin, 8.45 mlm

Selasa (4 Februari)
Kedah mln Perlis
Std Darul Aman, 8.45 mlm
PBAPP mln PDRM
Std Bandaraya, 8.45 mlm
Kelantan mln Sabah
Std Sultan Muhammad, 8.45 mlm
PKNS mln Terengganu *
Std TAR, Paroi, 8.45 mlm
Sime Darby mln FELDA
Std Selayang, 8.45 mlm
Selangor mln Sarawak
Std MBPJ, 4.15 ptg
* Venue tertakluk pengesahan akhir

SUMBER :BERITA HARIAN ONLINE 27.1.14

No comments:

Post a Comment