Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
PENYERANG JDT II, Braulio
Nobrega diasak keras pemain UiTM, Mohammad Firdaus Paris pada perlawanan Liga
Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid
KUALA LUMPUR - Sekalipun
dibekalkan dengan barisan pemain berpengalaman, itu tidak memberi jaminan buat
Johor Darul Ta'zim II (JDT II) apabila hampir dimalukan oleh UiTM FC apabila
sekadar seri 1-1 di Stadium UiTM pada saingan Liga Perdana, semalam.
Pemain import UiTM FC dari
Tanzania, Abdi Kassim Sadallah, meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit
ke-38 tetapi Mohd. Azinee Taib menyelamatkan maruah JDT II apabila menyamakan
kedudukan lapan minit sebelum permainan tamat.
Kegagalan mencari tiga mata itu
bermakna skuad kendalian Azmi Mohamed terus buntu mendapatkan kemenangan
selepas dikalahkan 1-3 oleh pendahulu Liga Perdana, PDRM, pada Jumaat lalu.
Di Stadium Likas, Felda United
kembali mencengkam selaku pasukan pilihan apabila meraih kemenangan sulung
dengan mengecewakan Sabah 3-1 walaupun ketinggalan hasil jaringan awal Mohd.
Rozaimi Abd. Rahman pada minit ke-20.
Bekas pemain Persipura Jayapura
yang berasal dari Liberia, Zah Rahan Krangar dapat menyamakan kedudukan buat
The Settlers sebelum babak pertama berakhir dan kebangkitan Felda di separuh
masa kedua sukar lagi untuk dibendung.
Rakan senegara Zah Rahan,
Edward Wilson Junior yang merupakan penjaring terbanyak Liga Premier Indonesia
2009-10 ketika bersama Semen Padang, meledak dua gol pada minit ke-52 dan 77
bagi memastikan Felda pulang ke Kuala Lumpur dengan tiga mata penuh.
Sementara itu, Billy Mehmet
terus mencuri tumpuan apabila dia muncul wira skuad Helang Merah dengan dua
jaringan pada minit ke-36 dan 92 untuk menewaskan DRB-Hicom FC 2-0 di Stadium
Hang Jebat, Melaka untuk mengekori rapat kedudukan PDRM dengan memungut enam
mata.
PBAPP FC atau lebih dikenali
dengan nama jolokan Waterboys yang sebelum ini mencuri satu mata ketika
berdepan Felda terus mencuri tumpuan apabila berjaya mengikat Negeri Sembilan
dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Bandaraya.
Di Stadium Darul Aman, Perlis
menerima kekalahan kali kedua berturut-turut apabila tumbang 0-1 di tangan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140128/su_04/UiTM-hampir-malukan-JDT-II#ixzz2rgWZdfps
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment