25 Januari 2014
Datuk Nicol Ann David
RATU skuasy negara Datuk Nicol Ann David memulakan
kalendar Tahun Baharu dengan langkah kanan apabila menjuarai Kejohanan
Juara-Juara 2014 di New York, Amerika Syarikat.
Pada final di Grand Central
Terminal, awal Sabtu, pemain nombor satu dunia itu menampilkan aksi cemerlang
untuk menundukkan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England dengan
11-4, 13-11 dan 11-8 dalam masa 45 minit.
Nicol, 30, yang merupakan juara
dunia tujuh kali, berkata beliau gembira untuk merangkul kejuaraan tersebut
walaupun terpaksa berjuang untuk mencari rentak pada set pembukaan.
"Pada set kedua, saya
meningatkan diri untuk teruskan saingan sehingga ke penghabisan," kata
Nicol dipetik sebagai berkata dalam laman web kejohanan.
Sementara itu, pada final
kategori lelaki, pemain Mesir, Amr Shabana, selaku pilihan ketujuh, merangkul
gelaran apabila mengejutkan pemain nombor dua dunia, Gregory Gaultier dari
Perancis dengan 11-8, 11-3 dan 11-4 dalam pertarungan selama 42 minit. -
Bernama
SINAR HARIAN ONLINE 26.1.14
No comments:
Post a Comment