26 Januari 2014
REAL Madrid Alvaro Arbeloa
percaya Madrid mampu pintas Barca menuju penghujung saingan.
REAL Madrid semakin hampir
mengejar dua pasukan teratas di saingan La Liga yang kini hanya dibezakan hanya
dengan satu mata.
Sebelum ini di awal musim, anak
didik Carlo Ancelotti ketinggalan lima mata di belakang Barcelona dan Atletico
Madrid.
Namun, prestasi konsisten
dipamerkan The Galaticos selepas tahun baharu, menyaksikan pasukan berstatus
bintang itu kini mula menunjukkan taring sebenar.
“Saat ini, kami kini di tahap
terbaik bagi mencabar kejuaraan. Saya dan rakan sepasukan semakin berkeyakinan
menempuh perlawanan dan ingin mengumpul sebanyak mungkin mata bagi menekan dua
pasukan teratas liga.
“Atletico bermain begitu
cemerlang musim ini, tetapi bagi saya Barca tetap pasukan nombor satu yang
harus di awasi,” kata pemain pertahanan Real, Alvaro Arbeloa.
SINAR HARIAN ONLINE 26.1.14
No comments:
Post a Comment