KBTX
GAMBAR menunjukkan kedua-dua
kaki plastik palsu anak lembu yang bernama Hero.
COLLEGE STATION, Texas - Seekor
anak lembu yang kehilangan kedua-dua belah kaki belakangnya akibat masalah luka
yang beku mampu berjalan selepas mendapat sepasang kaki palsu, lapor stesen
televisyen KAGS TV kelmarin.
Anak lembu yang diberi nama
Hero itu telah diselamatkan oleh seorang wanita, Kitty Martin pada April tahun
lepas di Virginia, Amerika Syarikat (AS) kerana masalah luka itu.
Menurut Kitty, dia telah membuat
panggilan telefon ke beberapa buat pusat haiwan di AS untuk merawat haiwan
tersebut.
Pihak Kolej Universiti
Perubatan Veterinar Texas A & M di sini kemudian bersetuju untuk mengambil
haiwan tersebut dan memasang dua kaki plastik palsu untuk memudahkan haiwan
tersebut berjalan. - Agensi
KOSMO ONLINE 31.1.14
No comments:
Post a Comment