Oleh Rizar Mohd Noor
Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim
(Johor DT) harus berwaspada dengan corak permainan pantas T-Team seandainya
impian melangkah ke suku akhir tidak tersekat apabila kedua-dua pasukan
bertembung pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Larkin, malam esok.
Skuad Harimau Selatan yang
turun berbekalkan misi memburu kejuaraan Piala FA untuk menempatkan diri dalam
kancah Piala AFC musim depan, perlu berdepan ujian getir kerana T-Team menjadi
pasukan pertama menewaskan Johor DT 1-0 pada aksi Liga Super, baru-baru ini.
Apapun pengendali Harimau
Selatan, Cesar Ferrando Jiminez tampak yakin namun tetap berhati-hati apabila
berdepan anak didik Mohd Azraai Khor Abdullah yang ingin menidakkan harapan
mereka.
“Mungkin Aidil Zafuan (Abdul
Radzak) tidak dapat diturunkan kerana masih mengalami kecederaan paha kanan
namun saya mempunyai pengganti mengisi kekosongan tempatnya dengan kemungkinan
menurunkan sama ada S Subramaniam atau Mohd Fadhli Shas.
“Pemain yang akan mengisi
kekosongan Aidil Zafuan perlu beraksi lebih 100 peratus malah yang lain juga
harus bekerja keras.
“Piala FA amat penting bagi
Johor DT, kita perlu menang kerana sebagai finalis musim lalu, sasaran utama
kali ini menjuarai piala itu bagi memburu slot ke Piala AFC musim depan.
Saya yakin pemain akan memberi
persembahan terbaik,” katanya.
Sememangnya Jiminez perlu
berwaspada dengan corak permainan T-Team yang dianggap `pembunuh senyap' sejak
dibimbing Mohd Azraai kerana pasukan itu mempunyai barisan mantap serta bijak
menyusun strategi.
Barisan tengah Harimau Selatan
sekali lagi menjadi tumpuan bukan saja bagi menyekat gerakan pasukan kelab dari
Pantai Timur itu malah perlu bijak mengatur strategi ampuh dengan kelibat Pablo
Aimar menjadi taruhan terbaik sambil dibantu Shakir Shaari.
Yang pasti, JDT akan turun
habis-habisan bukan saja mahu mencari kemenangan sebaliknya membalas dendam
kekecewaan selepas tumpas 1-0 kepada T-Team pada aksi Liga Super, baru-baru
ini.SUMBER:MYMETRO 31.1.14
No comments:
Post a Comment