Gambar fail tidak bertarikh,
menunjukkan sekumpulan penduduk Rohingya Islam, tiba di perairan Bangladesh
selepas melarikan diri dari konflik agama di Rakhine, barat Myanmar. - Agensi
YANGON 26 Jan. - Myanmar
dilihat cuba mengalih perhatian masyarakat antarabangsa yang mahu siasatan
tentang pembunuhan 40 etnik Rohingnya dilakukan, sebaliknya mendakwa seorang
pegawai polisnya maut dibunuh sebuah kumpulan militan yang menyusup masuk ke
Rakhine.
Kementerian Luar Myanmar dalam
kenyataan di laman webnya kelmarin menyatakan, sebahagian penyerang dalam
serangan ke atas pegawai polis pada 13 Januari lalu itu, pernah menjalani
latihan bersenjata dengan Pertubuhan Solidariti Rohingya (RSO).
Menurut kenyataan tersebut,
kerajaan Myanmar percaya, kumpulan militan itu adalah dalang di sebalik
kejadian berkenaan yang berlaku di perkampungan Du Chee Yar Tan.
Kementerian Luar Myanmar dalam
kenyataannya turut memberi amaran supaya negara-negara luar 'tidak membuat
kesimpulan melulu berdasarkan maklumat-maklumat yang tidak sah'.
"Penyerang-penyerang itu
pernah mengambil bahagian dalam kursus latihan senjata dikendalikan RSO,'' kata
kenyataan itu merujuk kepada kumpulan tersebut yang pernah digelar pertubuhan
militan utama di kawasan sempadan Myanmar-Bangladesh.
Kenyataan baharu kerajaan
Myanmar itu bagaimanapun dilihat hanya sebagai cubaan mengalihkan berhubung
desakan antarabangsa yang mahu siasatan dilakukan berhubung insiden kematian
beramai-ramai lebih 40 orang penduduk Rohingya Islam di sebuah perkampungan
berhampiran sempadan Bangladesh, di negeri Rakhine pada awal bulan ini.
Ini berikutan, kerajaan tidak
menyediakan bukti terhadap kewujudan militan bersenjata di kawasan itu, malah
dakwaan kontroversi kerajaan bahawa kumpulan militan telah memasuki Myanmar,
turut mengundang keraguan.
Seorang ahli politik Rohingya,
Myo Thant, yang beribu pejabat di Yangon dalam wawancara bersama Los Angeles
Times berkata, tuduhan kerajaan Myanmar itu adalah sama sekali 'tidak berasas'.
Jelasnya, tuduhan itu merupakan
cubaan untuk memburuk-burukkan masyarakat Rohingya dan mengalihkan gesaan daripada
Amerika Syarikat (AS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara
lain supaya satu siasatan dijalankan berikutan pembunuhan beramai-ramai
tersebut. - AGENSI
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140127
No comments:
Post a Comment