Ad

Wednesday 29 January 2014

Konsep gilir elak pemain letih: Dhaarma

Oleh Naqib Nor Said  
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih hoki skuad negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah membayangkan kemungkinan menggunakan khidmat pemain remaja yang baharu diserap ke skuad senior untuk beraksi pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, Mac ini.

Langkah itu, menurutnya diambil berikutan jadual padat perlu diharungi skuad negara sepanjang tahun ini.


“Mulai sekarang kita mengamalkan konsep penggiliran sebagai langkah tidak mahu pemain yang berusia mudah keletihan, selain berharap menerusi pendedahan ini, pemain remaja dapat meningkatkan keyakinan mereka.

“Kita akan menjadikan Piala Sultan Azlan Shah sebagai medan percubaan untuk menilai pemain sebelum ke Piala Cabaran Juara-Juara 1 pada April ini dan Piala Dunia Hoki pada Mei. Namun kita tetap meletakkan sasaran tinggi pada kejohanan di Ipoh nanti,” katanya semalam.

Nafi tarik diri

Dalam perkembangan sama, Muhammad Dhaarma juga mengesahkan tiga pemain sudah menarik diri dari sesi latihan skuad hoki kebangsaan iaitu Engku Abdul Malek, Azreen Rizal Nasir dan Harvinder Singh.

Katanya, Engku menarik diri selepas menghadiri sesi kecergasan pada awal bulan ini, manakala Azreen dan Harvinder berbuat demikian kerana mengikuti latihan industri selama enam bulan.
Dengan perkembangan terbaru ini, bermakna terdapat 29 pemain saja yang menyertai persiapan pasukan kebangsaan ke Piala Sultan Azlan Shah, selepas tiga pemain senior lain iaitu Faizal Saari, S Kumar dan Mohamed Razie Rahim masih beraksi di Liga Hoki India.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 30.1.14

No comments:

Post a Comment