Orang kaya yang bersyukur
adalah orang yang mencari harta dengan cara yang halal dan menggunakan harta
itu pada jalan yang disuruh oleh Allah SWT. Allah SWT bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa memberikan hartanya pada jalan Allah dan bertakwa, dan mengakui dengan
yakin adanya pahala yang terbaik (syurga), Kami permudahkan untuknya jalan
menuju kemudahan (kebahagiaan).” (Surah al-Lail, ayat 5-7)
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali dapat mencapai kebajikan yang sempurna sebelum kamu
dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa juga yang kamu
dermakan, sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran, ayat 92)
Jabir berkata, Nabi Muhammad
SAW bersabda: “Saudara semua hendaklah takut melakukan penganiayaan, sebab
perbuatan menganiaya itu menyebabkan pelbagai kegelapan pada hari kiamat.
Saudara semua hendaklah takut pada perbuatan bakhil, sebab sifat bakhil itu
membinasakan umat sebelum saudara. Bakhil menyebabkan mereka menumpahkan darah
sesama sendiri, dan menghalalkan apa yang diharamkan ke atas mereka.” (Riwayat
Muslim)
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
30.1.14
No comments:
Post a Comment