ORANG ramai melihat bangkai
buaya yang mati selepas terperangkap di pukat seorang nelayan di Pangkalan
Kampung Beris Tok Ku, Setiu, Terengganu semalam.
SETIU – Seorang nelayan dari
Kampung Beris Tok Ku terkejut apabila pukat yang dipasang di Sungai Bari dekat
sini tersangkut seekor buaya betina spesies tembaga berukuran kira-kira 4.8
meter dengan berat kira-kira 500 kilogram di sini kelmarin.
Reptilia berusia kira-kira
lebih 30 tahun itu dikatakan kekenyangan selepas makan seekor babi sebelum
tersangkut di pukat yang dipasang oleh nelayan berkenaan.
Seorang penduduk, Hussin Mamat,
57, memberitahu, kejadian itu disedari oleh nelayan terbabit yang juga rakannya
semasa dia pergi ke Sungai Bari untuk melihat pukatnya pada kira-kira pukul 9
pagi.
KOSMO ONLINE 27.1.14
No comments:
Post a Comment