KUALA LUMPUR 30 Jan. - Satu
majlis penyerahan hak penjagaan anak-anak pasangan suami isteri rakyat Malaysia
yang ditahan di Sweden kepada keluarga angkat beragama Islam akan berlangsung
pada pukul 3 petang ini waktu tempatan (10 malam ini waktu Malaysia).
Perkara itu dimaklumkan sendiri
oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin selepas melawat pasangan
tersebut, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal tersebut di Sweden hari
ini.
Menurut Hamzah, dalam pertemuan
itu, pasangan tersebut yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa
memukul anak lelaki kerana enggan bersolat, telah bersetuju untuk menyerahkan
hak penjagaan anak-anak mereka kepada keluarga angkat beragama Islam.
"Persetujuan untuk
menyerahkan hak penjagaan itu telah dinyatakan kepada saya ketika melawat
pasangan tersebut hari ini," katanya kepada media.
Yang turut menyertai kunjungan
beliau itu ialah Pengerusi Biro Pengaduan Masyarakat Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq
Alfirdaous dan timbalannya, yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua
(SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. - UTUSAN ONLINE
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140130/dn_23/Isu-Sweden-Penyerahan-anak-kepada-keluarga-Islam-malam-ini#ixzz2rrv5LyDa
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment