Ad

Thursday, 30 January 2014

Tempoh tahanan reman Azizul di Sweden dilanjut

30 Januari 2014

STOCKHOLM - SWEDEN. Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna hari ini bagi melanjutkan tahanan reman Azizul Raheem Awalludin selama 11 hari lagi sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.
   
Mahkamah itu mengeluarkan perintah berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes itu.
   
Difahamkan mahkamah sama akan bersidang esok bagi memutuskan penahanan reman isteri Azizul, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa
gaji.  

Prosiding selama sejam itu dijalankan dalam bahasa Sweden dan diterjemah ke bahasa Inggeris untuk Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden,  dan peguamnya, Jonas Tamm.
   
Anggota keluarga pasangan itu dari Malaysia dan seorang pegawai Tourism Malaysia turut hadir di mahkamah.
   
Azizul dan Shalwati direman sejak 18 Disember lepas dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
   
Tiada had penahanan reman di Sweden.Berikutan penahanan itu, anak mereka telah terpisah daripada mereka selama 42 hari.Kesemua anak pasangan itu, yang berusia antara sembilan dan 14 tahun, dijaga oleh sebuah keluarga bukan Islam yang dilantik pihak berkuasa Sweden.Bagaimanapun, kesemua kanak-kanak berkenaan menyatakan mereka tidak gembira dengan keadaan itu.Kedutaan Malaysia di Sweden kini dalam proses memindahkan mereka untuk dijaga keluarga Islam. - Bernama

SINAR HARIAN ONLINE 30.1.14

No comments:

Post a Comment