Ad

Thursday 30 January 2014

Impak Mata

30 Januari 2014
Impak Mata
Impak Mata Kehadiran Mata sedikit sebanyak mengubah corak perlawanan Manchester Unite
KEHADIRAN Juan Mata dalam perlawanan pertamanya mewakili Manchester United awal pagi semalam ternyata memberi impak yang besar buat skuad kendalian David Moyes.

Mata yang bermain dalam tempoh 84 minit mempamerkan kreativitinya selaku perancang tengah dengan membantu pasukan baharunya mencapai kemenangan, 2-0, mengatasi Cardiff City.

Bekas pemain Chelsea itu mencipta assist bagi jaringan kedua The Red Devils yang disempurnakan Ashley Young.

Dalam perlawanan itu juga, kehadiran semula penyerang berbisa United, Robin Van Persie yang pulih daripada kecederaan meletakkan pasukannya di hadapan seawal minit keenam.

“Besar nikmatnya apabila melihat Van Persie dan Wayne Rooney kembali ke dalam pasukan.

“Saya tidak sabar untuk menggandingkan Van Persie, Rooney dan Mata dalam perlawanan selepas ini. Bagaimanapun mereka perlu menjalani latihan yang secukupnya,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Rooney juga kembali diturunkan menggantikan Van Persie pada minit ke-63.

SINAR HARIAN ONLINE 30.1.14

No comments:

Post a Comment