Ad

Wednesday 29 January 2014

Van Persie kembali dengan penuh bergaya

Van Persie kembali dengan penuh bergaya
MANCHESTER 29 Jan. - Robin van Persie membuat penampilan pertama sejak pulih daripada kecederaan panjang dengan meledak satu gol untuk membantu Manchester United menundukkan kelab tangga tercorot, Cardiff City 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Bintang tengah Sepanyol, Juan Mata turut membuat kemunculan pertamanya sejak menyertai United pada hujung minggu lalu, namun tumpuan utama di Old Trafford pastinya kepada Van Persie yang kembali beraksi sejak 10 Disember lalu.

Bintang penyerang Belanda itu membuka jaringan tuan rumah seawal minit keenam, sebelum Ashley Young menambah gol kedua pada minit ke-59. - REUTERS

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140129/su_13/Van-Persie-kembali-dengan-penuh-bergaya#ixzz2rmk2dtMs © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment