Percaya atau tidak, ternyata
jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah terusik dan nyaris dicuri oleh orang
kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat
tersebut. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini
terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan
Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.
makam nabi saw
Peristiwa ini
berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman dinasti Abbasiyah di Baghdad
dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdirinya beberapa kerajaan
Islam di beberapa daerah baru.
Tentunya hal ini tak
disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas
mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata.
Secara diam-diam mereka telah
menyusun rancangan untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi
kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka mengutus dua orang nasrani untuk
menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim
haji. Di mana pada musim itu banyak jemaah haji yang datang dari pelbagai
penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji.
Kedua-dua orang nasrani ini
menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Morocco.
Mereka ditugaskan untuk melakukan pengintipan awal kemungkinan untuk mencari
kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.
Setelah melakukan kajian,
kedua-dua kafir ini memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang
lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam bilik
itu menuju makam Rasulullah.
Belum sampai pada akhir
penggalian, rancangan tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang
hamba yang akhirnya mengetahui rancangan busuk itu.
Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki,
adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam ketika itu yang mendapatkan
petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.
Sultan mengaku bermimpi bertemu
dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan menyebut:
“ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan
terbangun dalam keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan solat malam dan
kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga
tiga kali dalam satu malam.
Malam itu juga Sultan segera
mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damascus ke Madinah yang
memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak
sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan
langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke
makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di
depan makam Nabi SAW.
Lalu menteri Jamaluddin
menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu?
“Iya”, jawab Sultan Mahmud.
Maka tidak lama kemudian
Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah
berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang yang muncul dalam mimpinya.
Namun sultan tidak menjumpai mereka. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada
penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah di antara kalian
masih ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”
Tidak ada, seluruh penduduk
Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua orang dari Morocco
tersebut yang belum mengambil hadiah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang
selalu berjemaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.
Kemudian Sultan memerintahkan
agar kedua-dua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya sultan, melihat
bahawa kedua-dua orang itu adalah orang yang dilihat dalam mimpinya. Setelah
ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia Sepanyol. Meskipun sultan
sudah mendesak bertanya tentang aktiviti mereka di Madinah, mereka tetap tidak
mahu mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan
penjagaan yang ketat.
Kemudian sultan bersama menteri
dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua-dua orang tersebut.
Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku
dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke bilik
sebelah.
http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/kisah-cubaan-mencuri-jasad-nabi.html#axzz2qHfWFHeS
Ketika itu Allah memberikan
ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di
lantai kamar tersebut. Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di
dalamnya terdapat sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong
itu menuju ke makam Nabi Muhammad.
Seketika itu juga, sultan
segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan
keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di
Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada pagi harinya, kedua-duanya dijatuhi
hukuman pancung berdekatan pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud
memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya
dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombongan pulang
ke negeri Syam untuk
SUMBER:http://amekaw.com/2014/01/kisah-cubaan-mencuri-jasad-nabi-muhammad-saw-dari-makam-baginda/
No comments:
Post a Comment