25 Januari 2014
Landak jatuh di kepala Doktor
bedah mengeluarkan duri dari kepala Nabucco.
SEORANG wanita Brazil terpaksa
dikejarkan ke hospital selepas kepalanya dicucuk lebih 270 duri landak.
Sandra Nabucco, 52, dari Rio de
Janeiro berkata, landak itu jatuh di
atas kepalanya dari tiang
elektrik ketika beliau sedang berjalan sekitar bandar itu.
“Apabila saya menyentuh kepala
akibat terlalu sakit, saya dapati banyak duri landak di tangan,” katanya
dipetik DailyMail
Sejurus kejadian itu, dia
meminta bantuan dari jiran untuk menghantarnya ke hospital.
“Saya diberikan antibiotik dan
doktor bedah mengeluarkan lebih 200 duri dari kepala. Ia amat menyakitkan,”
katanya.
Beliau berkata, kehadiran
landak itu menjadi tanda tanya kerana kawasan dilaluinya bukanlah berhampiran
hutan.
SINAR HARIAN ONLINE 25.1.14
No comments:
Post a Comment