30/01/2014 8:40pm
KOTA BHARU - Sebutir bom mortar
dipercayai peninggalan ketika perang Dunia Kedua ditemui dalam sebuah longkang
di tepi jalan Kampung Tunjong, Nilam Puri di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu,
Asisten Komisioner Azham Othman berkata, bom sepanjang 0.33 meter dengan ukur
lilit 81 milimeter itu ditemui dua pekerja Syarikat Roadcare (M) Sdn Bhd ketika
melakukan kerja pembersihan jalan pada pukul 12 tengah hari.
"Unit Pemusnah Bom
kemudiannya melakukan pemusnahan secara menyeluruh ke atas bom mortar tersebut
pada pukul 2 petang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Nuriman
Othman, 26, yang menjumpai bom tersebut berkata, beliau ternampak objek
berkenaan semasa memotong rumput di kawasan itu bersama rakannya.
"Saya sempat mengangkat
objek itu untuk ditunjukkan kepada rakan sekerja kerana tidak menyangka objek
tersebut adalah bom lama.
"Kemudian saya letakkan
semula selepas rakan saya memaklumkan bahawa objek tersebut adalah bom dan
rakan saya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Nilam Puri di sini,”
katanya. - Bernama
KOSMO ONLINE 30.1.14
No comments:
Post a Comment