Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Jurulatih PDRM
dan bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh dikejarkan ke Pusat Perubatan Ara
Damansara selepas mendapat serangan jantung pada petang semalam dan terpaksa
menjalani pembedahan jantung.
Menurut anaknya, Nurdyan,
ayahnya sebelum ini pernah mengadu sakit di bahagian dada namun keadaan
kesihatannya semakin serius petang semalam dan dibawa ke hospital untuk
diperiksa.
Ayah saya semakin sakit
menjelang petang tadi dan apabila dibawa ke hospital, doktor memberitahu ayah
saya perlu dibedah segera kerana keadaannya makin serius.
Pembedahan tersebut bermula
kira-kira pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 9 malam, alhamdulilah semuanya
selamat," kata Nurdyan apabila dihubungi.
Dollah yang berumur 50 tahun
baru sahaja mengecapi kejayaan bersama Pahang pada musim lalu selepas membantu
skuad Tok Gajah menamatkan kemarau memenangi Piala Malaysia dalam tempoh 21
tahun dengan menewaskan Kelantan 1-0.
Ketika kariernya bergelar
pemain, Dollah turut dikenali sebagai bintang terbaik negara pada era 90-an
bersama-sama Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar dan Azizol Abu Haniffah.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140129/su_07/Dollah-kena-serangan-jantung-jalani-pembedahan#ixzz2rmfzTvgN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment