LIVERPOOL 29 Jan. - Daniel
Sturridge meledakkan dua gol ketika membantu Liverpool membelasah Everton 4-0
dalam perlawanan ke-222 melibatkan dua musuh ketat itu pada saingan Liga
Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi.
Ketua pasukan, Steven Gerrard
terdahulu membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-21, sebelum Sturridge
menokok dua gol pantas pada minit ke-33 dan ke-35.
Luis Suarez mengukuhkan
kedudukan sebagai penjaring terbanyak liga dengan meledakkan gol ke-23 musim
ini hanya lima minit selepas babak kedua bersambung.
Sturridge bagaimanapun terlepas
untuk mencatat hatrik apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas
Raheem Sterling dijatuhkan oleh penjaga gol, Tim Howard.
Namun begitu, empat gol yang
diraih Liverpool membolehkan mereka kekal di tangga keempat liga, meninggalkan
Everton dengan empat mata. - AP
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140129/su_14/Liverpool-belasah-Everton-4-0#ixzz2rmigmEaU
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment