Oleh
Zulfaizan Mansor Cetak Emel Kawan
Kota Bharu: Penyerang import
dari Lubnan, Mohamad Ghaddar menjadi wira Kelantan apabila dua jaringannya
membantu The Red Warriors (TRW) memulakan langkah kanan dalam saingan Liga
Super dengan menewaskan Sime Darby 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam
tadi.
“Tiga mata malam ini cukup
bermakna buat Kelantan. Ia adalah suntikan semangat buat semua pemain untuk
terus mencipta kemenangan dalam perlawanan akan datang.
“Semua pemain bermain dengan
baik dan kesungguhan mereka harus mendapat pujian. Bagaimanapun, masih ada
sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki,” kata jurulatih Kelantan, Steve Darby
sejurus perlawanan.
Walaupun bermula garang tetapi
Kelantan dikejutkan dengan gol pertama pelawat selepas Mohd Fadzli Saari bijak
menanduk masuk bola sepakan percuma Dilshod Sharofetdinov pada minit ketujuh
permainan.
SUMBER :BERITA HARIAN ONLINE
19.1.14
No comments:
Post a Comment