2014/01/19 - 17:15:16 PM
KUALA TERENGGANU:
"Terengganu tidak bermain begitu hebat" itulah antara ulasan ketua
jurulatih Abdul Rahman Ibrahim selepas Terengganu mengalahkan Selangor PKNS 2-1
pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam
tadi.
Abdul Rahman berkata mungkin
daripada segi taktikal Terengganu bagus tetapi daripada segi permainan
Terengganu belum hebat lagi.
"Apapun, kami harap
kemenangan ini memberi kami ruang bernafas untuk bermain dengan lebih yakin dan
lebih baik pada perlawanan-perlawanan berikutnya," katanya.
Abdul Rahman yang juga bekas
ketua jurulatih Selangor PKNS itu berkata perlawanan malam tadi sukar untuk
Terengganu terutama apabila menerima asakan daripada pasukan lawan.
Sementara itu, penyerang
Terengganu Norfarhan Mohamad berkata beliau dan rakan sepasukannya masih
mencari rentak dan keserasian dalam permainan.
Pemain import, Mamadou Barry
menjadi wira skuad Penyu apabila menjaringkan kedua-dua gol Terengganu
masing-masing minit ke-21 dan minit ke-65.
- BERNAMA
SUMBER :BERITA HARIAN ONLINE
19.1.14
No comments:
Post a Comment