Oleh SUHANA YUSOP, SHAHRULANOOR
ISHAK dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my
KAMALANATHAN yang cedera
dirawat sebagai pesakit luar
di Hospital Kuala Kubu Bharu
kelmarin.
RAWANG - Kira-kira 20 orang
yang berada di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bukit
Beruntung dekat sini kelmarin tergamam menyaksikan P. Kamalanathan (gambar
kecil) ditumbuk oleh seorang cikgu yang berang selepas mengesyaki Timbalan Menteri
Pendidikan itu bersikap tidak wajar terhadap bapanya.
Kejadian pada pukul 2.30 petang
itu dikatakan berlaku sebelum Kamalanathan yang juga merupakan Ahli
Jawatankuasa Kerja Pusat MIC mengadakan mesyuarat bersama 20 anggota Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor.
Sebelum memulakan mesyuarat,
Kamalanathan, 48, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor bersalaman dengan semua
yang hadir.
"Semasa bersalaman itu
datang seorang lelaki yang dikenali berusia 30 tahun untuk berjabat tangan
dengan Kamalanathan tetapi lelaki itu dikatakan menggenggam kuat tangan
Kamalanathan," kata sumber itu.
Kamalanathan yang merasakan ada
sesuatu yang tidak kena bertanya mengenai tindakan lelaki itu sebelum cikgu itu
bertanya Kamalanathan kenapa dia bersikap tidak wajar terhadap bapanya.
Serentak pertanyaan itu, lelaki
yang mengajar di sebuah sekolah di Batang Kali dikatakan terus melepaskan satu
tumbukan kuat ke leher Kamalanathan sebelum meninggalkan pusat khidmat itu.
DI ruang pejabat Pusat Khidmat
Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bukit Beruntung inilah Kamalanathan didakwa
ditumbuk oleh seorang guru lelaki.
Sumber itu memberitahu,
siasatan polis mengesyaki suspek naik berang selepas beranggapan Kamalanathan
bertindak mengusir bapanya yang juga bekas seorang guru besar yang datang
berjumpa dengan mangsa semasa program pemeriksaan mata di pusat khidmat itu
antara pukul 8 pagi hingga 2 petang pada hari sama.
"Semasa pertemuan itu,
bapa suspek dikatakan memohon supaya menantunya (isteri suspek) yang bekerja
sebagai guru Bahasa Inggeris di Batu Pahat, Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.
"Bagaimanapun,
Kamalanathan memberitahu, dia hanya boleh memberi surat sokongan dan tidak
lebih daripada itu sambil menerangkan guru Bahasa Inggeris memang sukar untuk
ditukarkan," kata sumber itu lagi.
SUMBER : KOSMO ONLINE 14.1.14
No comments:
Post a Comment