12 Julai 2014
Hummels (tengah) kembali
menjalani latihan bersama skuad Jerman. Hummels (tengah) kembali menjalani
latihan bersama skuad Jerman.
MATS Hummels memberi khabar
gembira buat Jerman, 48 jam sebelum aksi final Piala Dunia apabila kembali
menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan, semalam.
Bek Borussia Dortmund itu
sebelum ini mengalami kecederaan lutut dan terpaksa dikeluarkan di awal babak
kedua ketika perlawanan separuh akhir menentang Brazil, Rabu lalu.
"Semua pemain termasuk
Hummels kembali berlatih. Mereka melakukan latihan bebas sama ada di dalam gim
ataupun di padang," ujar pembantu jurulatih Jerman, Hans-Dieter Flick.Hummels
nadi kepada benteng pertahanan Jerman dan sudah meledak dua gol sepanjang
kejohanan berlangsung.Dalam pada itu, Hummels mengakui kecederaan dialaminya
dirasai lebih awal dan dia sendiri meminta untuk dikeluarkan ketika berdepan
Brazil."Saya minta digantikan kerana tidak mahu kecederaan pada lutut
bertambah teruk sehingga menjejaskan peluang beraksi di perlawanan akhir
nanti," katanya.
SUMBER- SINAR HARIAN ONLINE 12.7.14
No comments:
Post a Comment