Ad

Wednesday, 5 November 2014

Cameron Highlands dilanda banjir




KEADAAN sebuah kenderaan yang dihanyutkan banjir lumpur di Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands malam tadi.

Cameron Highlands – Kawasan di sekitar Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands di sini sekali lagi dilanda banjir lumpur selepas hujan lebat turun selama hampir empat jam malam tadi.

Difahamkan, lebih 1,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut diarah berpindah ke dewan serba guna Bertam yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air.

Dalam kejadian itu lebih 20 buah rumah dan enam kenderaan dihanyutkan banjir lumpur.

Selain itu, seorang lelaki warga Nepal berusia 47 tahun maut selepas rumah kongsinya runtuh manakala seorang budak lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dekat Kampung Raja, Kuala Terla dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Yusri Abdullah Sani berkata, siren telah dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk untuk berpindah ke dewan tersebut.

Katanya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjadi pemilik Empangan Hidroeletrik Sultan Abu Bakar di tasik itu akan membuka pintu empangan sekiranya hujan masih tidak berhenti.

“Setakat ini, kita berada pada tahap berjaga-jaga dan kemungkinan besar paras air akan mencapai tahap kritikal sekiranya hujan masih berterusan,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3IEyMHE78Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment