Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL
RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my
Subbarau (kiri) dan Murugan
dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas tuduhan memiliki salinan
kertas soalan UPSR 2014 September lalu.
SEREMBAN – Dua guru lelaki
dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan memiliki
salinan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak
sah pada September lalu.
Tertuduh, Subbarau @
Kamalanathan, 34, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang
Benar, Nilai didakwa dengan lima pertuduhan, manakala P. Murugan, 36, dari SJKT
Ladang Lenggeng, Nilai berhadapan satu pertuduhan.
Bagaimanapun kedua-dua tertuduh
mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan
Hakim Datuk Jagjit Singh.
Mengikut pertuduhan, Subbarau
didakwa memiliki dan menyimpan soalan UPSR 2014 bagi subjek Matematik 035/1 dan
015/1, Bahasa Tamil Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil Penulisan 037 serta Sains
081 menggunakan sebuah telefon pintar jenis Samsung Galaxy Note 2.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3IF5HJm00Hakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment