Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
(nahar.latib@utusan.com.my) | 04 November 2014 1:13 AM
SKUAD Pahang dibawa berarak
sekitar bandar Kuantan dengan menaiki
SKUAD Pahang dibawa berarak
sekitar bandar Kuantan dengan menaiki bas tidak berbumbung bagi meraikan
kejayaan mereka merangkul Piala Malaysia di Kuantan, semalam. – UTUSAN/MAHATHIR
ALI
KUANTAN - Jika tahun lalu,
pemain Pahang menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada kejayaan memenangi
Piala Malaysia, namun tahun ini imbuhan yang bakal diterima boleh diibaratkan
sebagai `durian runtuh’ apabila jumlah itu digandakan.
Perkara tersebut diumumkan oleh
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis sambutan kepulangan skuad
Tok Gajah yang memenangi Piala Malaysia di perkarangan Stadium Darul Makmur di
sini, semalam.
Adnan berkata, jumlah tersebut
sangat berbaloi dengan kejayaan mereka mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia
selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-3 melalui penentuan sepakan
penalti.
"Saya tidak mahu bagi tahu
berapa, tetapi jumlahnya adalah 'double' daripada tahun sebelum ini. Saya rasa
ganjaran tersebut sangat berbaloi untuk mereka," katanya di sini semalam.
Pada tahun lalu, Adnan
mengumumkan ganjaran wang tunai RM30,000 kepada seluruh pemain, pegawai
termasuk pasukan sokongan skuad Tok Gajah ekoran kejayaan mereka memenangi
Piala Malaysia 2013.
Ini bermakna skuad Tok Gajah
bakal menerima imbuhan lumayan sebanyak RM60,000 daripada kerajaan negeri jika
mengambil kira ganjaran yang diterima juara berganda itu pada tahun lepas.
Menurut Adnan, ganjaran
tersebut akan diberikan kepada seluruh pasukan termasuklah pemain, pegawai dan
pasukan sokongan.
"Semua yang terlibat kita
akan bagi termasuklah tukang buat air. Jumlah itu nanti kita umumkan, tetapi
yang pasti ganjaran ini kita akan berikan secepat mungkin," katanya.
Dalam pada itu katanya,
kejayaan yang dikecapi oleh Pahang ini merupakan usaha Presiden Persatuan Bola
Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang tidak
mengenal erti lelah dalam memajukan bola sepak Pahang.
"Kerajaan negeri akan
sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan Pahang, tetapi tanpa sokongan
penyokong kita tidak akan sampai ke tahap ini," katanya.
Pada aksi akhir Piala Malaysia
Sabtu lalu, Pahang berjaya menundukkan pasukan JDT 5-3 menerusi penentuan
sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2.
Kejayaan itu juga merupakan
kali kedua berturut-turut berjaya dicatat Pahang selepas memenangi trofi yang
sama pada tahun lalu setelah menundukkan Kelantan 1-0.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ganjaran-dua-kali-ganda-1.20461#sthash.7YjLaci4.dpuf
No comments:
Post a Comment