mkhairil@bh.com.my
Jurulatih Pahang, Zainal Abidin
Hassan dipeluk Damian Stewart (kiri) selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia
menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 pada perlawanan akhir Piala Malaysia
2014 antara JDT dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. - Foto
Khairull Azry Bidin
KUALA LUMPUR: Kerjasama pasukan
Pahang diakui jurulatih, Zainal Abidin Hassan faktor utama kemenangan Tok Gajah
pada pertemuan final Piala Malaysia dengan menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT)
di pentas final.
Sekalipun terpaksa beraksi 10
pemain ketika perlawanan berbaki lebih 30 minit masa perlawanan dan sepanjang
masa tambahan, Pahang berjaya mengikat JDT 2-2 malah mengheret ke penentuan
penalti.
Pahang kemudian menang menerusi
penentuan penalti 5-3 dengan semua pemain yang ditugaskan berjaya menjaringkan
gol.
Sumber-Berita Harian online
3.11.2014
No comments:
Post a Comment