Ad

Monday, 3 November 2014

Bekas pemain bola sepak negara, Tukiman Bahari meninggal dunia



JOHOR BAHRU: Bekas pemain skuad kebangsaan pada awal 1980-an, Tukiman Bahari, 58, meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit angin ahmar.

Allahyarham Tukiman adalah antara pemain tersohor skuad Johor dan pernah mewakili skuad negara dalam saingan Piala Asia 1980.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang di sini selepas solat Zuhur.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Jasmi Sulong, 50-an dan lima orang anak.
Sumber-Berita Harian online 3.11.2014

No comments:

Post a Comment