Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
ZHANG JIAN
KUALA PILAH – Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan merujuk
kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk mengekstradisi pengasas skim cepat
kaya YSLM, Zhang Jian yang ditahan di Bangkok, Thailand pada minggu lalu bagi
membolehkan dia disiasat pihak berkuasa negara ini.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk
Seri Alias Ahmad (gambar kecil) berkata, terdapat beberapa prosedur yang perlu
dilakukan bagi membolehkan lelaki warga China berusia 37 itu diekstradisi ke
negara ini termasuk mendapatkan perintah mahkamah.
“Kita akan berunding dengan
pihak Peguam Negara sama ada kes dia (Zhang Jian) jatuh di bawah kriteria untuk
ekstradisi atau tidak.
“Ekstradisi ini mempunyai
kriteria tertentu antaranya bagi kes bunuh dan dadah. Kita perlu arahan
mahkamah untuk bawa dia ke Malaysia.
“Dia melakukan kesalahan yang
sama. Dia nak lari ke mana... dia ingat lari dari Malaysia, dia selamat.
Aktivitinya di Thailand pun menyalahi undang-undang di sana. Maka mereka
berpeluang menahan dia dan terserah pada undang-undang Thailand untuk ambil tindakan
terhadap dia,” katanya ketika ditemui selepas Program Pemurnian Pengurusan
Organisasi KPDNKK di Juasseh di sini semalam.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3HyDcq5uUHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment