NOOR HAYATI MAMAT
4 November 2014
Ahmad Rafikin
Mohd Johari yang juga Ketua
Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman,
16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan
menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Menurut Johari, beliau bersama
sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30
pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu
yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.
“Sebelum berjaya menemui
mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat
mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak
satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar
Harian.
Sementara itu, Timbalan Ketua
Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat
mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik
gerakan operasi jam 6.40 petang.
“Berdasarkan laporan diterima
mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum
disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk
pemeriksaan lanjut,” ujarnya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 5.11.2014
No comments:
Post a Comment