SAFIQ (kiri) dan Razman
merupakan kawan lama ketika kedua-duanya bermain untuk Selangor pada 2009 dan
2010 lalu.
KAPTEN pasukan Johor Darul
Takzim (Johor DT), Mohd. Safiq Rahim akan berdepan bekas rakan sepasukannya di
Selangor, Mohd. Razman Roslan yang kini mengemudi benteng pertahanan Pahang
pada aksi final Piala Malaysia 2014.
Kali ini, Safiq dan Razman akan
bertembung antara satu sama lain dalam pasukan yang berlainan setelah
bersama-sama membantu Selangor merangkul kejuaraan Liga Super dua kali
berturut-turut dan Piala FA pada 2009 dan 2010 lalu.
Perancang Harimau Malaya itu
kini bersedia melupakan istilah kawan menjelang pertembungan getir antara
kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
“Kami beraksi dalam pasukan
yang berbeza kali ini. Saya dengan Johor DT dan Razman dengan Pahang ketika
ini.
“Ini ditambah pula kami berdua
merupakan kapten pasukan. Jadi kami harus bertindak dan melaksanakan kerja
secara profesional.
“Bagi saya, ketika dalam padang
istilah kawan ini terpaksa dilupakan sekejap kerana kami ada sasaran
masing-masing untuk dicapai.
“Saya harap, kami sebagai
pemain daripada kedua-dua pasukan dapat memberikan persembahan yang terbaik
esok (malam ini),” katanya sewaktu sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit
Jalil semalam.
Sementara itu, Safiq mengakui
amat mengidamkan gelaran juara Piala Malaysia musim ini bagi melengkapkan trofi
yang dimenangi sepanjang karier bola sepaknya sejak bermula bersama skuad
Selangor pada 2007 lalu.
“Semua pemain dalam Malaysia
hendak capai sasaran tak kira Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.
“Jadi sudah tentu secara
individu, sudah tentu saya mahukan kejuaraan Piala Malaysia.
“Apa-apa pun, kita perlu
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran itu,” jelasnya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3HnzZRXOmHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment