Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my
HODAK ketika mengaku
kesilapannya pada sidang akhbar di Bukit Jalil, semalam.
PENGENDALI Johor Darul Takzim
(Johor DT), Bojan Hodak (gambar) melancarkan perang psikologi terhadap Pahang
menjelang pertembungan getir kedua-dua pasukan pada aksi final Piala Malaysia
2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Ini kerana Bojan menyifatkan
skuad bimbingannya mempunyai jentera serangan lebih berbahaya berbanding
pasukan juara bertahan itu.
Bagaimanapun, jurulatih berusia
43 tahun itu mengakui kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang dan benteng
pertahanan yang terbaik akan menentukan pemenang yang akan membawa pulang trofi
berprestij tanah air itu.
“Pahang mempunyai Dickson
(Nwakaeme), (Matias) Conti, R. Gopinathan dan Azamuddin Akil tetapi jentera
serangan kami lebih berbahaya.
“Mereka perlu memikirkan cara
untuk menghalang kami kerana kami beraksi tanpa tekanan. Dalam saingan
peringkat kumpulan, anak-anak buah saya beraksi dengan cukup baik.
“Bagi saya, barisan pertahanan
terbaik pada aksi itu nanti (malam ini) akan menentukan siapa juara Piala
Malaysia,” katanya sewaktu sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil
semalam.
Sementara itu, bekas pengendaki
Kelantan itu mengakui Harimau Selatan amat mengenali corak permainan Pahang
selepas bertemu beberapa kali dalam saingan Liga Super musim ini.
Sebagai rekod, juara Liga Super
itu tewas 2-3 kepada Tok Gajah, 7 Februari lalu sebelum mencatat keputusan seri
2-2 pada 16 Mei lalu.
“Ini adalah tahun baru dan
permainan juga berubah. Kami pernah beraksi menentang Pahang banyak kali sebelum
ini. Saya amat mengenali Pahang dan bagi saya, perlawanan juga akan ditentukan
oleh pasukan yang paling sedikit melakukan kesilapan,” jelasnya.
Pengendali kelahiran Croatia
itu pastinya berazam menebus kekecewaan apabila tewas tipis 0-1 di tangan Tok
Gajah sewaktu mengendalikan Kelantan pada aksi final Piala Malaysia tahun lalu.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3Ho1drp8BHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment